CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Musics...


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

Tuesday 21 April 2009

Masa Untuk Bersantai...

Pizza Hut Tercanggih


" Sistem pangkalan data automatik mengatur
kehidupan manusia - Selamat Datang Ke Dunia
IT ". Rakaman percakapan telefon pesanan. Pizza
tahun 2020.

Operator : Terima kasih anda telah menghubungi
Pizza Hot, boleh saya bantu…
Pelanggan : Hello, saya nak pesan pizza.
Operator : Saya perlukan nombor MyKad Encik
untuk memproses permohonan
seterusnya.
Pelanggan : Sekejap. Nombornya, 790615-08-5331
Operator : Encik Rahmat, berumur 41 tahun,
tinggal di Jalan Hang Tuah, No. 16
Seksyen 18/34D, Shah Alam. Nombor telefon
rumah ; 03-77726378,
Nombor pejabat ; 03-51912870 sambungan 999
dan nombor telefon
bimbit Encik ; 016-6666222, Encik menelefon dari
mana?
Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu
semua nombor telefon saya?
Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke
pangkalan data pusat.
Pelanggan : Saya nak pesan Pizza Seafood -
pakej famili.
Operator : Itu bukan idea yang bagus Encik.
Pelanggan : Kenapa pula?
Operator : Daripada rekod perubatan, Encik
memiliki tekanan darah tinggi dan
kolestrol yang berlebihan dari paras normal.
Pelanggan : Jadi apa yang awak sarankan?
Operator : Mungkin Encik boleh pesan Pizza
Hokkien, Mee Pizza rendah lemak.
Pelanggan : Macam mana kalau saya tak suka
pilihan tu?
Operator : Minggu lalu Encik baru pinjam buku
yang berjudul Popular Hokkien
Dishes daripada Perpustakaan Negara di Jalan
Tun Razak.
Pelanggan : Ikut sahajalah. Berapa harga pakej
famili yang saya pesan tadi?
Operator : Tapi pakej famili kami takkan cukup
untuk anak Encik yang berjumlah
tujuh orang, jumlah keseluruhannya RM80.00.
Pelanggan : Tak apa, cukup tu. Saya akan bayar
dengan kad Visa saya.
Operator : Oh, saya rasa Encik patut bayar tunai
sebab had kad Visa Encik sudah
tamat dan ada tunggakan bil di Maybank
sebanyak RM4050.00 sejak
bulan Ogos lalu, itu belum termasuk caj denda
untuk tunggakan
bayaran bulan rumah Encik.
Pelanggan : Oh? Oklah, saya ke ATM untuk
keluarkan duit sebelum penghantar
pizza sampai.
Operator : Oh, rasanya pilihan itupun tidak
mungkin sebab rekod akaun Encik
dalam kesemua bank iaitu Maybank, BCB,
Ambank dan Public Bank
menunjukkan baki kurang dari RM1.00.
Pelanggan : Sudahlah! Hantar sajalah pizza tu,
saya bayar tunai di sini. Berapa
lama pizza akan di hantar?
Operator : Sekitar 45 minit Encik, tapi kalo Encik
rasa terlalu lama dan tak suka
menunggu, Encik boleh ambil sendiri dengan
motor kapcai Encik.
Pelanggan : APA???
Operator : Menurut catatan kami, Encik memiliki
motor kapcai tahun 2015
dengan nombor pendaftaran BWW 2114 betulkan
Encik?
Pelanggan : Melampau betul! Siapa bagi
kebenaran buka rekod orang lain sesuka
hati ni? @#$%*
Operator : Hati-hati dengan apa yang Encik
ucapkan. Takkan Encik sudah lupa
tarikh 15 Mei 2010 Encik pernah kena tahan lokap
sebulan sebab
bercakap kasar dan cuba menyerang polis di
Plaza Alam Sentral,
Shah Alam.
Pelanggan : ( Terdiam… )
Operator : Ada nak tambah yang lain encik?
Pelanggan : Tak ada, tapi kalau pesan pakej famili
ada percuma dua botol
coca-cola kan?
Operator : Betul Encik, tapi menurut catatan kami
Encik menghidapi DIABETES,
jadi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Pelanggan : KURANG AJAR! BATALKAN SAJA
SEMUA!
Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan
Encik, untuk sebarang komen,
kritikan dan pandangan, Encik boleh mengisi
borang di talian laman
web kami, nama pengguna dan kata laluannya
tercetak pada di
bahagian bawah kotak pizza yang Encik pesan.
Terima kasih kerana
telah menghubungi Pizza Hot…….

Solat berjemaah tersirat aspek Sains Fizik


Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. BErdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita. Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai.

Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat. Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan.

Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh. Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya. Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail). Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Renungan Bersama....



1- Bergembiralah dengan pilihan ALLAH untuk anda.

sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya.
Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

2-Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri anda dengan ALLAH,
mengajar agar anda berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub dan segala
kesombongan dari diri anda.

3- Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan hulurkan kebaikan kepada semua
orang agar anda memperolehi kebahagian ketika menziarahi orang sakit,
memberi sesuatu kapada orang yang memerlukan, dan menyayangi anak yatim.

4- Ketahuilah. bahawa anda sebenarnya memiliki berbagai kenikmatan, dan
memiliki pundi-pundi kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada diri anda.

5-Jauhilah buruk sangka, lemparkan angan-angan kosong, khayalan-khayalan
buruk dan fikiran-fikiran yang kotor.

Wallahua'lam....

Tertuduh rogol hanya mengaku cabul anak... Masuk Akalkah?

SHAH ALAM: Seorang bapa memberitahu Mahkamah Sesyen di sini beliau tidak merogol anak perempuannya, sebalik sekadar mencabul.

"Saya rasa, saya tidak lakukan persetubuhan itu. Saya cuma cabul," katanya ketika didakwa merogol anak perempuannya yang berumur 11 tahun lima bulan, pertengahan Mac lalu.

Terdahulu, lelaki berusia 48 tahun yang bekerja sendiri itu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anaknya di rumah mereka di Sungai Tua, Batu Caves, pada jam 9 malam, 12 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta tidak kurang 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R Kalaiyarasi, membantah jaminan ditawarkan terhadap tertuduh kerana dia dan mangsa masih tinggal serumah.

"Ada kemungkinan besar tertuduh akan mengganggu mangsa. Mangsa masih bersekolah dan jika tertuduh diberi jaminan, kemungkinan mangsa tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran," katanya.

Tertuduh kemudian memohon supaya dia dibenarkan jaminan kerana sudah insaf dan bertaubat.

Bagaimanapun, katanya, tiada sesiapa yang hadir untuk menjaminnya.

Hakim M Gunalan kemudian memerintahkan jaminan tidak ditawarkan kepada tertuduh dan akan mempertimbangkan jaminan jika ada sesiapa mahu menjamin tertuduh pada tarikh lain.

Gunalan menetapkan 14 Mei ini sebagai tarikh sebutan.


p/s : Sekarang ni banyak kes haruan makan anak... Biar dijatuhkan hukum seberat-beratnya kpd pesalah begini.....